Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

38) KEBOLEHPASARAN BELIA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan Kerajaan Negeri dalam melatih golongan belia bagi meningkatkan ekonomi dan kebolehpasaran anak muda di Selangor?

    Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam melatih golongan belia bagi meningkatkan ekonomi dan kebolehpasaran anak mudah di Negeri Selangor.

    Melalui Program IKTISASS pelbagai bidang latihan yang ditawarkan merangkumi semua lapisan anak muda dengan kerjasama institusi latihan kemahiran, pusat latihan dan pihak industri. Program ini memberi fokus kepada 3 tahap bidang latihan iaitu industri di tahap rendah, sederhana dan industri berimpak tinggi.

    Program pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 hingga 4 di laksanakan dengan kerjasama Institusi Pengajian Kemahiran seperti Kolej Antarabangsa INPENS, SST And Consultancy Academy Sdn Bhd , Kolej MEA TECH, dan Kolej Antarabangsa Intra untuk memberi peluang kepada golongan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khusus dan mereka yang berminat untuk meneruskan pengajian dan peningkatan tahap kemahiran. Melalui kerjasama dengan institusi ini, ia juga mewujudkan jaringan kerjasama dengan industri bagi tujuan penempatan latihan industri dan pekerjaan.

    Selain itu, kerjasama dengan Strand Aesrospace Malaysia merupakan program yang dijalankan bagi meningkatkan kualiti graduan dalam aspek keyakinan dan kemahiran bertindak untuk persediaan bekerja dengan industri berimpak tinggi yang seiring dengan revolusi industri 4.0. Pada penghujung latihan peserta yang terbaik akan diberi peluang untuk di temu duga bersama industri aerospace dan syarikat multinasional.

    Melalui kerjasama dengan Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC), Kerajaan Negeri menumpukan kepada pembangunan kemahiran belia serta mewujudkan pekerjaan secara langsung dengan syarikat yang mengambil bahagian. Pelaksanaan IKTISASS di SHRDC terbahagi kepada beberapa kategori.

    Untuk kategori Belia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Program latihan kemahiran dengan kerjasama pihak industri bagi meningkatkan nilai tambah (value-added) kepada pekerja lepasan SPM, agar dapat menceburi bidang teknikal sesuai dengan perancangan tenaga kerja mahir syarikat yang terlibat. Selain itu, bagi menyokong jumlah bakat yang mencukupi untuk peralihan industri di Selangor ke arah aplikasi Smart factory dan Smart Manufacturing selaras dengan cabaran Industri 4.0. Program Internship High Impact Talent (i- HIT) dilaksanakan yang melibatkan graduan dalam bidang kejuruteraan.

    Oleh itu, dengan usaha-usaha ia dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti golongan belia dan dapat meningkatkan kebolehpasaran sumber tenaga manusia.

Lampiran

Tiada Lampiran.