Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

152) KEBOLEHPASARAN BELIA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah belia yang telah dilatih sepanjang 2008 hingga 2013?

    Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai latihan belia sama ada secara terbuka atau secara khususnya kepada golongan sasar. Latihan belia secara khusus kepada golongan belia ialah Latihan Kemahiran Teknikal di bawah Kolej INPENS yang mana pelajar yang keluarganya berpendapatan di bawah RM1,500.00. Sepanjang tahun 2008 hingga

    2013, seramai 5623 belia telah dibantu seperti jadual di bawah:-

    Tahun Bilangan Belia Yang Dilatih
    2008 850
    2009 941
    2010 983
    2011 915
    2012 969
    2013 965

    Mengikut rekod yang diberikan, peluang pekerjaan yang berjaya Selain daripada itu, terdapat juga latihan-latihan kemahiran secara umum yang boleh disertai oleh belia yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Usahawan, Jawatankuasa Tetap Pertanian, Jawatankuasa Tetap Wanita dan Jawatankuasa Tetap Belia.

Lampiran

Tiada Lampiran.