Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

61) KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNISEL

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada tahun 2017 dan 2018, berapa ramaikah graduan tempatan UNISEL yang dilaporkan telah berjaya mendapat pekerjaan di Negeri Selangor?

    1. Berikut adalah statistik STATUS PEKERJAAN GRADUAN UNISEL yang bergraduat pada tahun 2017 dan 2018. Walau bagaimanapun, tiada data yang spesifik negeri di mana mereka bekerja dapat dinyatakan. Data ini dijana oleh Sistem Anjung IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia.

     

    Sistem ini hanya dapat menunjukkan status pekerjaan graduan selepas 6 bulan bergraduasi. Status pekerjaan graduan pasti berubah-ubah. Graduan boleh mengemas kini status mereka melalui email yang disediakan kepada pihak KPM.

    Jadual 1a : Trend Status Pekerjaan Graduan UNIVERSITI SELANGOR,  2018
    Status Pekerjaan Tahun Konvo
    2018
    Bil. %
    Bekerja 1264 51.34
    Melanjutkan pengajian 304 12.35
    Meningkatkan kemahiran 28 1.14
    Menunggu penempatan pekerjaan 102 4.14
    Belum bekerja 764 31.03
    Jumlah 2462 100

     

     

     

     

    Jadual 1b : Trend Status Pekerjaan Graduan UNIVERSITI SELANGOR (Warganegara),  2017
    Status Pekerjaan Tahun Konvo
    2017
    Bil. %
    Bekerja 1451 68.96
    Melanjutkan pengajian 265 12.60
    Meningkatkan kemahiran 35 1.66
    Menunggu penempatan pekerjaan 92 4.37
    Belum bekerja 261 12.4
    Jumlah 2104 100

Lampiran

Tiada Lampiran.