Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

108) KECEMERLANGAN DESA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program untuk meningkatkan pembangunan dan kecemerlangan kampung-kampung tradisi?

    Bagi program-program untuk meningkatkan pembangunan dan kecemerlangan kampung-kampung tradisi iaitu Kerajaan Negeri dari dulu hingga kini memberi tumpuan spesifik kepada Pembangunan Desa. Matlamat Kerajaan Negeri secara amnya adalah untuk meningkatkan pendapatan serta taraf ekonomi penduduk desa. Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup serta merapatkan jurang ekonomi masyarakat bandar dan

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka satu dasar iaitu Pembangunan Desa Bersepadu dan Mampan. Ini bertujuan bagi meningkatkan pendapatan penduduk di samping mewujudkan nilai keempunyaan penduduk bagi sesuatu kampung tersebut. Perkara ini masih di peringkat awal di mana segala kajian sedang dilakukan di peringkat akar umbi bagi memastikan segala kajian sedang dilakukan di peringkat akar umbi bagi memastikan segala perjalanan berhubung perkara ini berjalan seperti yang dilaksanakan mengikut perancangan yang telah

     

    Memberi Kesedaran terhadap kepentingan dan keperluan pembangunan desa. “Raising Awareness”. Pada peringkat pertama ini, Ketua-Ketua Kampung akan mendengar sendiri mandat daripada Y.A.B Dato Menteri Besar mengenai pelaksanaan projek pembangunan desa. Sesi pertemuan ini adalah pada 22 Jun 2013. Pada peringkat ini juga akan diadakan sesi perbincangan untuk mempelajari sebab-sebab dasar-dasar terdahulu gagal oleh pembuat/pelaksana. (Lesson Learn – Experienced Based). Memperkenalkan Agenda Polisi, “Create Policy Agenda”. Pada peringkat kedua ini, telah diadakan bengkel “Kenali Kampungku”. Bengkel ini disertai oleh Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Kampung, Setiausaha JKKK, Wakil Wanita. Bengkel ini telah mengenal pasti pelanggan serta

     

    profil kampung seperti asset tenaga manusia yang dimiliki, kemudahan serta sumber sedia ada, sistemkewangan dan politik setempat, serta proses komunikasi di kampung itu. Kerajaan Negeri dalam proses menyemak dan meneliti profil-profil yang diterima daripada kampung- kampung. Selain itu, bengkel ini juga membolehkan perbincangan dua hala mengenai masalah-masalah yang dihadapi di kampung-kampung yang menyekat kemajuan ekonomi mereka. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mendapatkan cadangan daripada masyarakat kampung sendiri tentang kemajuan yang diinginkan di kampung mereka.

     

    Peringkat ketiga ialah untuk Menyusun Agenda-Agenda yang dibincangkan dalam bengkel Mengikut Keutamaan. “Prioritize Agenda”. Peringkat keempat ialah Menggubal Dasar Baru. “Enact on New Policy”. Peringkat penggubalan dasar baru ini akan diadakan hasil daripada pemantauan terperinci dari semasa ke semasa terhadap projek-projek yang dalam proses pelaksanaan bagi memastikan dasar digubal wajar dengan keperluan yang diteliti di peringkat akar umbi. Peringkat kelima ialah untuk Memantau Dan Menilai Polisi-Polisi. “Evaluate Policy”.

     

    Pelaksanaan pembangunan desa bersepadu dan mampan ini bergantung kepada kemajuan dalam pembangunan komuniti sesuatu kawasan tersebut. Langkah-langkah asas dalam pembangunan sesuatu komuniti adalah seperti Membina Sokongan iaitu merupakan tonggak yang paling utama di dalam dasar ini dimana ianya memerlukan kajian diperingkat akar umbi serta mendapatkan maklumat-maklumat yang diingini, Membuat Perancangan iaitu setelah mendapatkan maklumat yang diinginkan, perancangan bagi memastikan program ini berjalan secara lancar adalah diperlukan. Kajian-kajian juga turut dilakukan keatas program yang gagal dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang, Implemantasi dan Menyesuaikan Pelan iaitu perancangan yang telah dirancang akan dilaksanakan mengikut kesesuaian di sesebuah kampung tradisi di Negeri

     

    Pada masa ini Kerajaan Negeri juga sedang menjalankan Program Kemahiran Teknikal Belia Desa. Program ini juga merupakan salah satu strategi pembangunan desa dengan memberi peluang kepada para belia untuk menjana pendapatan mereka sendiri dan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi penduduk

Lampiran

Tiada Lampiran.