Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

113) KECERIAAN, KEINDAHAN PEKAN MERU DAN PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula pekan Meru supaya lebih kemas, tersusun dan sistematik pembangunannya?

    Mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020, Pekan Meru dirancang sebagai pusat petempatan kecil yang mengandungi kawasan perumahan terancang, kawasan perniagaan dan juga kawasan perindustrian yang dijadikan sokongan pembangunan kepada penduduk sekitar. Adalah dirancang untuk Majlis Perbandaran Klang menyediakan Rancangan Kawasan Khas dalam menyediakan pelan pembangunan komprehensif untuk perancangan pembangunan jangka pendek.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.