Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

196) KECERIAAN TAMAN REKREASI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menceriakan taman-taman rekreasi di seluruh Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai perancangan dalam menceriakan dan mengindahkan taman- taman rekreasi di seluruh PBT Selangor dengan memperkenalkan satu rekabentuk baru yang memenuhi kehendak pengguna dari pelbagai peringkat umur. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan ialah seperti berikut :

    1. Program penghijauan kawasan dengan penanaman pokok di kawasan terlibat di samping kerja-kerja penyelenggaraan landskap lembut (soft scape) dan landskap kejur (hard scape) dijalankan secara berkala.
    2. Naiktaraf kemudahan rekreasi mengikut kawasan dan peruntukan semasa dengan melantik panel bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan rekreasi seperti wakaf, laluan siar kaki, dan komponen peralatan alat permainan kanak-kanak secara berkala.
    3. Pembinaan padang cergas yang mempunyai elemen-elemen seperti wakaf, alatan permainan bersepadu, alatan senaman ‘outdoor gym’, tempat duduk, lampu solar dan papan tanda secara berkelompok seterusnya bagi meningkatkan lagi keceriaan taman-taman rekreasi komponen seperti alatan permainan lama akan diganti dengan kemudahan yang baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.