Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

225) KECERUNAN BUKIT YANG BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Temporary Certificate of Fitness (TCF) dan Certificate of Fitness (CF) yang tidak dapat dikeluarkan ole h Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana terdapat kecerunan bukit yang runcin g berhampiran dengan tapak perumahan seperti kesnya di Desa Gemilang dan B ukit Permata, Gombak yang masih gagal memperoleh TCF antaranya sejak dari 2007?

    Fail berkaitan : 04/3/8/832 (RT)

     

    Pemaju : Koperasi Kakitangan Malaysia Airport Berhad (KOMAB)

     

    Cadangan Perumahan Membina 244 Unit Rumah Teres 2 Tingkat (20’ x 70’) Dan 1 Unit Pencawang Elektrik Di Atas Lot.4978, 4980, Dan 4981, Kampung Sg. Pusu, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang.

     

    Bagi penyelesaian isu ‘Temporary Certificate of Fitness’ (TCF) di Taman Desa Gemilang, terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh pemaju bagi isu cerun terlebih dahulu. Merujuk kepada surat dari Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)pihak pemaju perlu menjalankan kaedah penstabilan cerun menggunakan ‘Soil Nailing’ pada ‘3 berm’di bahagian atas cerun .Sijil kelayakan Menduduki Tetap hanya akan dikeluarkan setelah arahan kerajaan negeri ini dipatuhi dan diperakui oleh Majlis Perbandaran Selayang.

     

    Selain itu, Mesyuarat EXCO MTES yang telah bersidang pada 01 April 2008 juga telah bersetuju agar pemaju mengemukakan semula cadangan cerun kepada Jabatan Mineral & Geosains dan IKRAM untuk semakan semula.

     

    Pemaju juga perlu mengemukakan surat aku janji dari Juru perunding bertauliah bagi memperakui cerun di tapak pembangunan adalah selamat dan akan bertanggungjawab ke atas projek ini.

     

    Setelah isu berkaitan cerun selesai,maka pemaju perlu mendapatkan ulasan dan sokongan IWK berserta ’Bank Gurantee’, sokongan Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancang, Majlis Perbandaran Selayang untuk Sijil Kelayakan Menduduki tetap ini dapat dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.