Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

170) Keciciran Pelajar

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kadar keciciran pelajar di Negeri Selangor sehingga kini?

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) amat prihatin terhadap masalah pendidikan khasnya masalah keciciran di kalangan pelajar dan sentiasa mencari jalan penyelesaian ke arah keciciran sifar. Secara keseluruhannya kadar murid cicir peringkat sekolah rendah dan menengah di negeri Selangor pada tahun 2019 adalah 1652 orang (0.18 peratus). Jumlah murid cicir peringkat sekolah rendah ke sekolah menengah pula melibatkan 328 orang (0.37 peratus) pada tahun 2019. Jumlah murid cicir dari Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat pula adalah 251 orang (0.32 peratus) pada tahun 2019. Kadar murid cicir di peringkat sekolah rendah dan menengah lain-lain kohort yang tidak melibatkan transisi murid dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu dan dari Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat pula adalah 1073 orang (0.11 peratus) pada tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.