Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

77) KECURIAN PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Telah heboh diperkatakan tentang kegiatan pencurian pasir di Negeri Selangor ini . Kegiatan ini amat mengecewakan rakyat Selangor. Jangkaan Kerajaan Negeri untuk mengutip hasil pasir melebihi 200 juta setahun telah gagal. Mengapakah kegiatan ini berlaku ?

    Kegiatan curi pasir masih berlaku kerana terdapat permintaan pasir yang tinggi di
    kawasan Lembah Klang. Ini disokong pula dengan pembangunan yang pesat di
    kawasan Lembah Klang seperti pembinaan lebuh raya dan lapangan terbang.

Lampiran

Tiada Lampiran.