Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

63) KECURIAN PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah dengan membekukan pemberian lesen akan mengurangkan berlakunya kecurian pasir?

    Dasar Kerajaan Negeri membekukan pengeluaran permit pasir adalah untuk menyusun dan memperkemas sistem sedia ada di samping mengawal pengeluaran pasir di Negeri Selangor. Setakat ini melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Kerajaan Negeri telah berjaya mengawal lebih kurang 70% daripada pasaran pasir di Negeri Selangor. Sejak Kumpulan Semesta Sdn Bhd ditubuhkan, masalah kecurian pasir di kawasan-kawasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd beroperasi adalah terkawal.

Lampiran

Tiada Lampiran.