Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

163) KECURIAN PASIR DI BANDAR MAHKOTA CHERAS DAN BANDAR SUNGAI LONG, KAJANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?

     

    1. Untuk mengatasi masalah kecurian pasir di tanah kerajaan ialah kerajaan negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut seksyen 426 Kanun Tanah  Negara  Tindakan yang telah diambil ialah merampas apa-apa kenderaan  dan  jentera  yang dipercayai telah digunakan atau sedang digunakan semasa kesalahan di bawah seksyen itu dilakukan di tanah kerajaan. Bagi kecurian pasir yang melibatkan tanah hakmilik, notis 7A iaitu notis membaik pulih tanah telah dikeluarkan dan akan disusuli dengan notis 8A iaitu perampasan tanah oleh kerajaan negeri sekiranya pemilik tanah gagal untuk mematuhi notis 7A tersebut.

     

    Untuk makluman, notis 7A telah dikemukakan kepada pemilik tanah lot 745, lot 365 dan lot 366 di Bandar Mahkota Cheras dan lot 3512 dan lot 3513 di Bukit Enggang berhampiran Sungai Long, Mukim Hulu Langat. Selain itu, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat juga telah menyita 2 buah mesin ‘excavator’ di kawasan kecurian pasir tanah hak milik tersebut.

     

    Bagi tanah kerajaan di sekitar kawasan Bukit Enggang berdekatan Bandar Sungai Long, Mukim Hulu Langat, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat telah mengambil tindakan dengan menyita sebuah mesin ‘excavator’ dan sebuah lori.

     

    Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat juga, seperti mana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyeragaman Mineral bermula 29 Mac 2010 telah melakukan rondaan pada setiap hari di semua lokasi yang dipercayai kejadian kecurian pasir dilakukan di daerah Hulu Langat. Ianya bertujuan  bagi  mencegah  kejadian tersebut terus berleluasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.