KEDAI JUDI

36) KEDAI JUDI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kedai judi Magnum, Sports Toto dll dikunjungi oleh orang Islam di kawasan kepadatan orang-orang Melayu kenapa tiada tindakan langsung dari Majlis Agama Islam terhadap mereka-mereka ini.

    Bahagian Penguatkuasaan turut memfokuskan tindakan pencegahan dan
    pemantauan ke atas premis dan kedai-kedai judi di seluruh Negeri Selangor
    termasuk cyber café’ yang memberi perkhidmatan pertaruhan berunsur judi dan apaapa unsur perjudian lain seperti sabung ayam. Bahagian ini merancang dan
    melaksanakan operasi judi pada setiap bulan di peringkat daerah dan negeri. Berikut
    di senaraikan tindakan yang telah di ambil dan dilaksanakan di sepanjang bulan Jun
    2010:-
    1) 18 Jun 2010 : Ops Judi Mesin bersama Majlis Daerah Hulu Selangor
    2) 23 Jun 2010 : Ops Judi Nombor Ekor di Batang Kali
    3) 9 Jun 2010 : Ops Judi Nombor Ekor di Shah Alam, Petaling Jaya dan
    Klang
    4) 23 Jun 2010 : Ops Judi Nombor Ekor di Sepang
    5) 29 Jun 2010 : Ops Judi Mesin di Sungai Buloh bersama Polis dan MBSA
    Selain itu JAIS turut menyarankan agar satu papan tanda peringatan yang lebih
    besar dibuat oleh PBT di semua premis judi dan dipamerkan di pintu masuk tempat
    atau rumah judi serta mendesak agar pemilik atau pengusaha rumah judi
    mengambil berat perkara ini dan tidak membenarkan orang Islam berjudi.

Lampiran

Tiada Lampiran.