Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

229) KEDAI ROKOK VAPE

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan penjualan rokok vape di Selangor?

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 2/2016 yang diadakan pada 13 Januari 2016 telah mengambil maklum Laporan Bengkel Khas Perbincangan Isu Vape Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 hingga 12 Januari 2016 dan bersetuju seperti berikut :

    • Selaras dengan surat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 9 Disember 2015, Kerajaan Negeri juga turut bersetuju agar lesen tidak dibenarkan kepada peniaga vape;
    • Kerajaan Negeri akan mewartakan semua kawasan larangan merokok di negeri Selangor sebagai kawasan larangan vape dan penjualan vape tidak dibenarkan kepada pembeli yang berusia 18 tahun ke bawah;
    • Semua permohonan lesen baharu yang telah diterima akan dibekukan dalam tempoh satu (1) bulan;
    • Dilarang menghisap vape di tempat-tempat awam dan tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan vape; dan
    • Penjualan vape dan e-juice hanya dibenarkan di premis di dalam bangunan kedai sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.