Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

107) KEDAI SERBANIKA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapakah kedai serbaneka 24 jam seperti 7-11, Carefour Express, Kk Store menjual arak secara terbuka dan sewenang-wenangnya di dalam kawasan kepadatannya orang Melayu walaupun ada aduan telah dibuat?

    Merujuk kepada kedai serbaneka 24 jam seperti 7-11, Carrefour Express dan yang
    berkaitan, sebarang penjualan arak memerlukan lesen untuk menjual liquor yang
    memabukkan di bawah Seksyen 35, Akta Eksais 1976 melalui Lembaga
    Pelesenan Eksais Daerah. Definisi bagi ‘liquor’ yang memabukkan di bawah
    Seksyen 2(1), Akta Kastam 1967 iaitu termasuklah apa-apa cecair yang
    mengandungi lebih daripada dua peratus spirit pruf, yang sesuai atau bermaksud
    untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara diubah bagi, digunakan sebagai suatu
    minuman. Sekiranya didapati premis serbaneka menjual arak dan tidak mempunyai
    lesen, ia boleh dilaporkan kepada pihak Kastam untuk tindakan di bawah Akta
    Eksais 1976.
    Manakala definisi bagi ‘bir’ termasuklah ‘ale, stout, porter’ dan segala liquor tapaian
    lain yang diperbuat daripada ‘malt’. Oleh sebab proses penyediaan yang berbeza
    iaitu melalui penapaian, maka penjualan ‘bir’ tidak perlu dilesenkan di bawah
    Seksyen 35, Akta Eksais 1976 bagi jualan secara runcit dan ia boleh dijual di manamana premis kedai serbaneka tanpa memerlukan sebarang lesen dari Lembaga
    Pelesenan Eksais Daerah . Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah
    melaksanakan pendekatan ‘self-regulating’ di Majlis Bandaraya Shah Alam sahaja
    sebagai perintis bagi mengawal penjualan minuman beralkohol terutamanya ‘bir’
    memandangkan tiada peruntukkan spesifik di dalam Akta Eksais 1976 yang
    mengawal penjualannya secara runcit. Pendekatan ini telah dilaksanakan selama
    lebih kurang setengah tahun dan semua pihak yang terlibat sedang
    melaksanakannya. Pendekatan ini masih belum diperluaskan ke kawasan PBT –
    PBT lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.