Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

112) KEDAULATAN INSTITUSI RAJA-RAJA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Kerajaan Negeri memastikan kedaulatan institusi raja-raja terpelihara daripada sebarang bentuk penghinaan?

    Institusi Diraja di Malaysia dan khususnya di Negeri Selangor merupakan suatu simbol perpaduan rakyat berbilang kaum di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Selangor yang bertuah ini. Segala kuasa Baginda Tuanku Sultan telah dimaktubkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan ia menjadi kewajipan bukan sahaja ke atas Kerajaan Negeri, malah seluruh rakyat Negeri Selangor untuk memelihara dan menghormati kedaulatan Baginda Tuanku Sultan dan Institusi Diraja Selangor secara holistik.

    “Raja dan Rakyat berpisah tiada

    Ibarat isi dengan kuku

    Bagaikan aur dengan tebing

    Bak badan dengan nyawa

    Begitulah hubungan Raja dan Rakyat selamanya”

Lampiran

Tiada Lampiran.