Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

7) KEDUDUKAN KEMAJUAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ukuran dan indikator Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia?

    Ukuran kemajuan sesebuah negara dan negeri diukur menggunakan indikatorindikator yang berkaitan dengan ekonomi domestik, produktiviti, pasaran buruh, gunatenaga, infrastruktur teknologi, perdagangan antarabangsa, pendidikan dan infrastruktur asas. Pada Ogos 2005, negeri Selangor telah mendabik dada dengan mengisytiharkan bahawa negeri ini telah mencapai sebuah negeri maju. Untuk meraikan perkara tersebut, Kerajaan Negeri Selangor kini harus berpijak di bumi nyata. Kerajaan Negeri Selangor mendapati bahawa, apa sahaja indikator kemajuan yang digunakan, ia mestilah dituruti dengan keseimbangan sosioekonomi seluruh rakyat negeri Selangor. Perkara yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Selangor adalah :

    1. Menyeimbangkan ketidaksamarataan sosioekonomi dalam masyarakat melalui program-program yang dirangka dalam polisi Merakyatkan Ekonomi Selangor;
    2. Menyeimbangkan jurang antara bandar dan luar bandar melalui penyediaan kemudahan yang setara dengan kemudahan di bandar; dan
    3. Menyediakan infrastruktur dan utliti yang efektif dan efisien dengan kos yang berpatutan.

    Inilah perkara-perkara yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri Selangor yang dahulu telah tidak dirancang dengan teliti.

Lampiran

Tiada Lampiran.