Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

58) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kedudukan kewangan negeri dan langkah yang diambil untuk mengukuhkan ekonomi negeri memandangkan jangkaan pertumbuhan GDP Kebangsaan 2013 telah merosot?

    Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan adalah seperti berikut:-

     

      2011   2012   31.10.2013
    RM Juta   RM Juta   RM Juta
    Akaun Hasil Disatukan 912.75   1,180.85   1,166.32
    Akaun Amanah Disatukan 1,031.25   1,417.70   1,546.53
    Akaun Pinjaman Disatukan 0.00   20.89   0.00
    Kumpulan Wang Disatukan    1,944.00      2,619.44   2,712.85
    Perbandingan Tahun 22.50%   34.74%   3.57%

     

    Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor di samping pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money).

     

    Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah melaksanakan perkara-perkara berikut:-

     

    1. mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri. Pewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri telah berjaya membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan lebihan tunai dengan lebih efisien di samping memberi pulangan faedah yang optimum;

     

    1. pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pejabat Daerah/Tanah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Bahagian

     

    Teknologi Maklumat, SUK sebagai satu pasukan (Ops. Kutip). Di antara pendekatan yang dilaksanakan melalui Ops. Kutip adalah seperti berikut:-

     

    1. Polisi ‘Knock Door’ iaitu dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;
    2. mengadakan siri perbincangan bersama penunggak-penunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;
    3. memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan
    4. sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Daerah/Tanah tanpa teragak-agak akan terus menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan maka seterusnya Notis 8A, Rampasan Tanah akan

     

    • Kerajaan Negeri terutamanya melalui Pejabat Daerah/Tanah sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah iaitu:-

     

    1. mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;
    2. membuka kaunter    kutipan    di     luar     pejabat     bagi     Pejabat Daerah/Tanah di kawasan pedalaman;
    3. membuka kaunter pada waktu rehat; dan
    4. menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter

     

    1. Kerajaan Negeri juga berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah yang berfungsi untuk melaksanakan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik yang melibatkan penunggak tegar dan penyelesaian hak milik yang terlibat dengan permasalahan tanah di semua Pejabat Daerah/Tanah; dan

     

    1. Kerajaan Negeri turut mewujudkan pasukan Taskforce Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di empat (4) Pejabat Daerah/Tanah iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat untuk menangani secara khusus masalah tunggakan cukai tanah daripada hak milik

     

Lampiran

Tiada Lampiran.