Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

80) KEDUDUKAN SEBENAR PERMATANG KUARTZA SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan pernah menyatakan permohonan Tapak Warisan Dunia UNESCO tidak diteruskan kerana tidak mencukupi syarat. Terkini, dinyatakan jajaran baru ECRL tidak akan melalui kawasan sensitif iaitu Permatang Kuartza yang dirancang dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Mana satu yang betul?

    Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

    PKGS Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

    Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) bukan satu-satunya permatang kuarza yang terdapat di dunia. Terdapat lain-lain kuarza seperti di negara Kanada, India, Perancis, Jerman, Scotland dan Rusia. Apa yang menarik berkaitan dengan PKGS adalah keunikan dan keindahan landskap yang terbentuk dari permatang kuarza itu sendiri serta merupakan mineral kuarza (terdedah di permukaan) yang terpanjang di Malaysia. Dalam masa yang sama, PKGS dilihat menerima impak dari tekanan pembangunan yang tinggi dari kawasan sekitar sehingga mengakibatkan keaslian tapak PKGS semakin terjejas dan bagaimana kerajaan berusaha untuk memelihara keaslian tapak tersebut.

    Bagi menyatakan hasrat awal untuk menjadikan PKGS sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah mengemukakan Tentative List bagi PKGS pada 31 Januari 2017 kepada pihak Urus Setia UNESCO. Bagi tujuan tersebut, penyediaan dossier (satu dokumen yang mengandungi kompilasi dokumen-dokumen dan peta-peta yang komprehensif tentang sesuatu tapak)   yang mengikut garis panduan UNESCO adalah menjadi keperluan sebelum sesuatu tapak itu diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

    PLANMalaysia@Selangor juga telah melantik Pasukan Pakar  bagi menyediakan dossier pencalonan PKGS sebagai tapak warisan dunia .  Pasukan Pakar ini terdiri daripada mereka yang telah terlibat secara langsung di dalam pencalonan beberapa tapak warisan dunia di Malaysia, antaranya Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan George Town, Tapak Arkeologi Lembah Bujang, Langkawi UNESCO Global Geopark, Jerai Geopark dan Lembah Kinta Geopark (Lampiran 1).

    Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

    Bagi pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO, PKGS perlu memenuhi salah satu dari 10 kriteria terpilih untuk menentusahkan sesuatu kawasan itu sebagai property  senarai Warisan Dunia berdasarkan dokumen Operational Guidelines for the Implementation of the World Heritage oleh UNESCO. 10 kriteria tersebut adalah seperti berikut:

    1. mewakili karya kreatif manusia;
    • menonjolkan kepentingan perubahan dalam nilai kemanusiaan, dalam sesuatu jangkamasa atau di dalam ruang lingkup budaya sedunia, dalam perkembangan seni bina atau teknologi, kesenian monumen, perancangan bandar dan rekabentuk landskap;
    • mengandungi keunikan atau pengaruh yang kuat terhadap tradisi budaya atau mempengaruhi peradaban yang masih kekal atau yang telah hilang;
    • menjadi contoh yang baik terhadap jenis-jenis bangunan, mengemukakan gaya senibina dan perkembangan teknologi atau lanskap yang menonjolkan peringkat signifikan dalam sejarah manusia;
    • menjadi contoh yang baik terhadap petempatan tradisional manusia, gunatanah atau laut yang menonjolkan budaya atau perhubungan manusia dengan alam sekitar terutamanya apabila ia terdedah kepada perubahan yang kekal;
    • secara langsung atau yang jelas  dikaitkan dengan peristiwa atau tradisi hidup, dengan idea-idea, atau dengan kepercayaan, dengan karya-karya seni dan sastera kepentingan sejagat yang menonjol (Jawatankuasa berpendapat bahawa kriteria ini sebaik-baiknya perlu digunakan bersama-sama dengan kriteria lain);
    • mengandungi fenomena semula jadi superlatif atau bidang kecantikan semula jadi yang luar biasa dan kepentingan estetik;
    • untuk menjadi contoh luar biasa yang mewakili tahap utama sejarah bumi, termasuk rekod kehidupan, berkepentingan ke atas proses geologi yang sedang berjalan dalam pembangunan landforms atau geomorphic penting atau ciri-ciri fisiografi;

     

    • untuk menjadi contoh luar biasa yang menunjukkan secara berterusan kepentingan proses ekologi dan biologi dalam evolusi dan pembangunan air daratan, air semulajadi, ekosistem persisiran pantai dan marin serta komuniti tumbuhan dan haiwan; dan
    • mengandungi habitat semula jadi yang paling penting dan signifikan untuk pemuliharaan in-situ kepelbagaian biologi, termasuk  spesies terancam yang mengandungi nilai sejagat yang menonjol dari sudut pandangan sains atau pemuliharaan.

     

    Kriteria yang dicadangkan dalam dokumen pencalonan World Heritage Tentative List untuk tapak PKGS adalah di bawah kriteria vii dan kriteria viii seperti berikut:

     

    Kriteria vii:   mengandungi fenomena semula jadi superlatif atau bidang kecantikan semula jadi yang luar biasa dan kepentingan estetik; dan

     

    Kriteria viii: untuk menjadi contoh luar biasa yang mewakili tahap utama sejarah bumi, termasuk rekod kehidupan, berkepentingan ke atas proses geologi yang sedang berjalan dalam pembangunan landforms atau geomorphic penting atau ciri-ciri fisiografi.

     

    Berdasarkan kepada penemuan, pengalaman dan kriteria yang ditetapkan, pasukan pakar mendapati bahawa PKGS masih belum bersedia untuk di calonkan sebagai tapak warisan dunia kerana:

    1. Nilai estetik PKGS adalah tidak terlalu luar biasa (superlative) jika dibandingkan dengan tapak-tapak lain yang turut menggunakan kriteria vii seperti Monarch Butterfly Biosphere Reserve (Mexico), Kilimanjaro National Park (Tanzania) dan Jiuzhaigou Valley Scenic and Historic Interest Area, China.

    PKGS mempunyai data tentang rekod sejarah pembentukan bumi yang sangat penting (fakta geologi), namun, kajian saintifik, penyelidikan, penerbitan dan sumber rujukan serta maklumat yang khusus berkenaan kuarza di PKGS masih terlalu terhad.

     

    • Aktiviti rekreasi di luar kawalan seperti pakej-pakej rekreasi (hiking) yang ditawarkan melalui internet secara tidak sah boleh merosakkan integriti tapak PKGS.
    • Conservation Management Plan (CMP) perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum sesuatu tapak dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

     

    Memandangkan wujudnya kekangan PKGS sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO tersebut, Pasukan Pakar telah mencadangkan supaya PKGS dijadikan salah satu geosites bagi pembangunan Geopark di negeri Selangor.

     

    Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

    Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 6/2019 yang diadakan pada 27 Februari 2019 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 7/2019 pada 13 Mac 2019 telah menimbang dan bersetuju perkara-perkara berikut, antaranya:

    1. Mengambil maklum hasil penemuan Kajian Dossier PKGS sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO; dan
    2. Meluluskan cadangan PKGS sebagai sebahagian Tapak Geopark Kebangsaan sebelum dicalonkan sebagai Tapak UNESCO Global Geopark.

    Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) sedang menjalankan kajian Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor di mana kajian ini akan mengenalpasti potensi dan kekuatan tapak-tapak warisan berunsurkan geologi yang terdapat di daerah Gombak dan Hulu Langat sebagai aset warisan negeri Selangor dan untuk memastikannya terus terpelihara (Lampiran 2).

    Pemilihan Daerah Gombak dan Hulu Langat sebagai tapak geopark adalah berdasarkan:

    1. Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan Bil./9/2016 pada 23 Februari 2016 yang telah menyenaraikan Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor sebagai salah satu daripada 20 Geopark yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Geopark kebangsaan di Malaysia.
    2. Laporan Kemajuan Pemetaan Sumber Warisan Geologi di Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah disediakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pada tahun 2000 yang melaporkan terdapat beberapa tapak dalam daerah Gombak dan Hulu Langat berpotensi sebagai geotapak dalam pembentukan Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor.

     

    Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

    Jajaran ERCL Terbaharu

    Setelah mengambilkira tentang kepentingan PKGS melalui beberapa rundingan Kerajaan Negeri bersama pihak yang terlibat, pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. telah membuat pembentangan projek Jajaran terbaharu ECRL (Projek Laluan Rel Pantai Timur) di Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk makluman pihak Kerajaan Negeri pada 11 Julai 2019. Justeru itu, pada 23 September 2019 pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. juga telah membentangkan Jajaran terbaru ECRL di PLANmalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor).

    Untuk makluman, jajaran ECRL (Projek Laluan Rel Pantai Timur) yang terdahulu pernah dicadangkan untuk merentasi kawasan PKGS di Daerah Gombak. Walau bagaimanapun, berdasarkan pembentangan daripada Malaysia Rail Link Sdn. cadangan jajaran terbaharu ECRL tidak lagi merentasi Daerah Gombak. Cadangan jajaran ECRL yang terbaru hanya melibatkan empat (4) daerah iaitu Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Klang yang akan merentasi di Negeri Selangor dalam anggaran lebih kurang 50 kilometer. Dengan itu, adalah jelas bahawa laluan ini tidak lagi merentasi PKGS di Daerah Gombak. Oleh itu hasrat negeri untuk memelihara tapak PKGS dapat dikekalkan dan boleh dimartabatkan sebagai tapak Geopark.

    Kesimpulannya,  walau di mana tapak PKGS berada di Tapak Geopark UNESCO atau Tapak Warisan Geopark Kebangsaan pihak Kerajaan Negeri akan memastikan ia tetap akan terpelihara. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan PKGS sebagai warisan negeri terus dipelihara dan dinikmati oleh generasi yang ak

    Lampiran 1

     

    SENARAI PASUKAN PAKAR YANG TERLIBAT DALAM

    PENYEDIAAN DOSSIER PKGS 2018

     

    Bil Nama Penglibatan
    1. Datin Paduka Dato’ Profesor Emeritus Siti Zuraina binti Abdul Majeed Tapak Warisan Dunia (UNESCO)

    ·      Bandar Bersejarah Di Selat Melaka

    (Melaka-George Town, 2008)

    ·      Tapak Arkeologi Lembah Bujang (2012)

     

    2. Prof. Emeritus Dato’Abdul Latif bin Mohamad Tapak Warisan Geopark (UNESCO)

    ·      Langkawai UNESCO Global Geopark (2006)

     

    3. Prof. Dr. Mohd Shafee’a bin Leman Tapak Warisan Geopark (UNESCO)

    ·      Langkawai UNESCO Global Geopark (2006)

    ·      Jerai Geopark (2017)

    ·      Lembah Kinta Geopark (2018)

     

     

    Lampiran 2

     

    CADANGAN SENARAI GEOSITES

    GEOPARK GOMBAK-HULU LANGAT SELANGOR

     

    Bil Lokasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pejabat Tanah dan Daerah
    MPS MPAJ MPKj PTDG PTDHL
    1. Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS)    
    2. Taman Rimba Templer      
    3. Bukit Takun & Bukit Anak Takun      
    4. Taman Rimba Kanching      
    5. Taman Rimba Komanwel      
    6. Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)      
    7. Pusat Kawalan Kusta Negara      
    8. Bukit Lagong/ Hutan Simpan Bukit Lagong      
    9. Lombong Arang Batu, Batu Arang      
    10. Air Panas Selayang        
    11. Air Panas Gombak      
    12. Empangan Klang Gate      
    13. Kuarza Tekali      
    14. Air Terjun  Sungai Gabai      
    15. Sungai Pangsun      
    16. Gunung Nuang      
    17. Air Panas Dusun Tua      
    18. Bukit Broga      
    19. Air Panas Semenyih      
    20. Air Terjun Sungai Serai      
    21. Air Terjun Sungai Tekala      
    22. Empangan Semenyih      
    23. Empangan Sungai Langat      

     

    (Nota: Bilangan geosites akan bertambah atau berkurang mengikut analisis dan penemuan dalam kajian Geopark Gombak-Hulu Langat Selangor)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.