Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

91) KEFAHAMAN DAN AMALAN ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kefahaman dan amalan Islam dalam institusi keluarga Islam di negeri ini?

    Dalam usaha meningkatkan kefahaman dan amalan Islam dalam institusi keluarga Islam di Negeri Selangor, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor seperti berikut;

     

    Memperkemaskan peranan Unit Undang-undang Keluarga di 9 buah Pejabat Agama Islam di seluruh Negeri Selangor dalam melaksanakan khidmat nasihat berkaitan masalah dan isu-isu kekeluargaan yang dihadapi oleh pasangan beragama

     

    Melaksanakan pelbagai program kekeluargaan berbentuk Seminar dan Kursus iaitu:-

    • Kursus Pra   Perkahwinan  Islam    kepada  pasangan   yang ingin
    • Kursus Pasca Perkahwinan Islam kepada pasangan yang telah berkahwin.
    • Program Keluarga Sakinah kepada semua golongan ahli keluarga.
    • Program Modul Usrah Keluarga Negeri Selangor yang dijalankan di masjid-masjid.
    • Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (JAKIM)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.