Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

58) KEFAHAMAN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apa usaha JAIS bagi memastikan masyarakat Islam mempunyai kefahaman Islam dan syariatnya yang betul?

    Usaha–usaha JAIS dilakukan melalui pendekatan berikut :-

    1. Memastikan Asas Pendidikan Islam diberikan secara menyeluruh kepada rakyat Negeri Selangor melalui sistem pendidikan Pra Sekolah, Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi, Sekolah KAFA Integrasi, Maahad Tahfiz Sains, Sekolah Mengah Islam (Swasta), Institutut Tahfiz Persendirian dan melaksanakan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) Menengah,
    2. Mengaktifkan peranan masjid dan surau di Negeri Selangor sebagai pusat pengembangan ilmu dengan memantapkan teks khutbah jumaat, pengajian bersilibus dan memperhebatkan program ceramah dan tazkirah yang menyelami isu-isu semasa ummah,
    3. Mempertingkatkan perlaksanaan program dakwah di semua peringkat mad’u (sasaran) secara lebih menyeluruh baik di peringkat Institusi Pendidikan, IPTA, IPTS, para belia, sektor koporat dan industri, agensi- agensi kerajaan, pusat tahanan, pusat jagaan dan rumah-rumah kebajikan serta meningkatkan dakwah bil hal di lapangan secara bersinergi dengan pelbagai agensi dan NGO Islam bagi memastikan mesej tarbiyah dan dakwah dapat disampaikan kepada mereka, dan;
    1. Meningkatkan pentauliahan kepada penceramah dan pentazkirah di Negeri Selangor yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam memperkasa ilmu dan mentarbiyah ummah di negeri

     

Lampiran

Tiada Lampiran.