Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

157) KEGAGALAN MENDAPAT PINJAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kegagalan penduduk setinggan mendapat pinjaman dari syarikat pembiaya kewangan atas alasan lebih umur, tiada slip gaji, tiada pendapatan tetap. Contoh : penduduk Flat Dadimur, Batu Caves yang sudah dapat kelulusan dari LPHS namun gagal mendapat pinjaman?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap kegagalan pembeli rumah kos rendah bagi mendapatkan pinjaman bank. Usaha untuk membantu golongan ini diperluaskan dengan cadangan Skim Pembiayaan Khas Rakyat (SPKR) yang masih dalam proses perbincangan dengan pihak bank.

Lampiran

Tiada Lampiran.