Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

34) KEGAGALAN PASUKAN SUKMA NEGERI MENJUARAI KEJOHANAN SUKMA KEBANGSAAN.

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Sukan Negeri bagi memastikan pasukan Sukma Negeri menjadi juara dalam pertandingan Sukma Kebangsaan di masa hadapan?

    Bagi menghadapi setiap kejohanan sukan Malaysia, Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor telah menyediakan program ke arah meningkat prestasi atlit untuk menjadi juara di SUKMA. Antara langkah – langkah adalah meningkatkan lagi sesi latihan pasukan, menganjurkan program binaan yang meninggalkan impak yang positif ke dalam diri atlit Selangor dan juga melantik jurulatih – jurulatih berpengalaman. Walaupun pelbagai langkah yang diambil untuk mengejar juara, terdapat juga kekangan – kekangan yang cuba diselesaikan dalam masa yang singkat.

    Antara langkah-langkah lain yang diberi perhatian oleh pihak Majlis adalah membeli peralatan baru yang lebih berteknologi terkini, mewujudkan Program Khas iaitu satu program yang menumpukan kepada sukan – sukan yang mempertandingkan banyak pingat di SUKMA dan juga meneruskan latihan secara berterusan sepanjang tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.