Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

175) KEGANASAN TERHADAP WANITA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Melihat pada trend keganasan yang meningkat, apakah usaha KNS selain OSCC yang telah dilaksanakan pada 2015? Sila nyatakan?

    Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius terhadap isu keganasan di kalangan wanita yang kian meningkat dan berleluasa saban hari. Statistik menunjukkan dari Januari hingga April 2015 sebanyak 1,644 kes telah dilaporkan berlaku di seluruh negara. Sebanyak 1,236 kes adalah melibatkan golongan wanita. Negeri Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kes keganasan rumahtangga yang tertinggi dalam Malaysia iaitu sebanyak 275 kes dan diikuti dengan Negeri Sarawak sebanyak 75 kes (sumber diperolehi dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM)).

     

    Sebagaimana yang kita ketahui , golongan yang lebih terdedah kepada keganasan adalah golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga amat prihatin terhadap golongan yang berisiko tersebut. Justeru itu, Kerajaan Negeri berusaha menerapkan nilai-nilai kasih sayang dan rasa tanggungjawab dalam diri warga Selangor.

     

    Selain daripada program OSCC, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa merangka program-program terkini bagi memberi kesedaran dan pendedahan terhadap keganasan yang boleh menghampiri mangsa bila-bila masa tanpa disedari. Sehubungan itu, antara program yang telah dan bakal diadakan dalam tahun ini adalah :-

     

    • Program Kesedaran dan advokasi terhadap Wanita yang telah dilaksanakan 8 September 2015 bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Shah Alam dengan dihadiri oleh seramai 650 orang peserta dari seluruh Negeri Selangor; dan

     

    • Program Jelajah Kempen Kesedaran Keganasan Terhadap Wanita bakal diadakan pada tarikh dan waktu yang akan ditetapkan kemudian, di beberapa daerah terpilih ini adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menangani keganasan terhadap

Lampiran

Tiada Lampiran.