Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

27) KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa ekonomi Negeri Selangor dan adakah Selangor sudah keluar dari kemelut masalah ekonomi ?

    1. Pada tahun 2009, Negeri Selangor telah mencatatkan penguncupan pertumbuhan ekonomi pada tahap 3.8% seiring dengan kemerosotan ekonomi  negara  dan  Kini, ekonomi negeri telah menunjukkan peningkatan yang baik dengan pertumbuhan ekonomi negeri telah menunjukkan peningkatan yang baik  dengan  pertumbuhan ekonomi yang sederhana pada suku tahun pertama tahun ini. Hal ini menunjukkan keyakinan pelabur dan peniaga telah mula teguh dan dianggarkan angka-angka pengeluaran daripada sektor-sektor pembuatan dan perindustrian akan terus meningkat. Sektor pembinaan dijangka akan berkembang dengan pertumbuhan dan  sektor  pertanian turut dijangka akn memperoleh manfaat daripada pemulihan ekonomi dan pelaksanaan berterusan akibat suntikan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor. Ekonomi negeri akan merekodkan prestasi sederhana pada tahun 2010 dan dianggarkan akan mencapai pertumbuhan sekitar 2% hingga 3%.

Lampiran

Tiada Lampiran.