Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

60) KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah terjejasnya sektor perindustrian di Selangor?

    Kesan kegawatan ekonomi global menyebabkan sektor perindustrian di negeri Selangor mendapat kesan secara langsung. Antara syarikat yang teruk terjejas akibat kemelesetan ekonomi negara adalah dari sektor pembuatan (semi-conductors) di mana pihak terdapat pihak syarikat yang terpaksa menutup operasi setiap hujung bulan. Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat yang mengambil langkah bagi mengurangkan kos operasi syarikat seperti;-

     

    1. Membuat pemberhentian pekerja,
    2. Mengurangkan waktu bekerja dan tiada kerja lebih masa
    3. Pekerja asing yang tamat kontrak perkhidmatan tidak diperbaharui kontraknya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.