Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

239) KEGIATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program yang telah dirancang mengenai kebudayaan dan kesenian sejak tahun 2008?

    1. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan aktiviti  kebudayaan dan kesenian di Negeri Selangor terus diwarisi dan tidak lapuk ditelan  zaman terutama bidang seni yang berkaitan dengan kehidupan seperti kraf tangan, bahasa, tradisi, makanan, seni & muzik, sejarah, teater, teknologi, seni bina, agama, sistem pendidikan, busana dan kegiatan masa senggang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan memfokuskan beberapa bidang  untuk  memastikan  perkembangan seni budaya Negeri Selangor dapat ditonjolkan dengan

     

    Di antara program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 sehingga kini  adalah  seperti berikut :-

     

    1. Sambutan Tahun Baru Cina – untuk meraikan Pertubuhan Bukan  Kerajaan (NGO) dan golongan kurang berkemampuan dari kaum

     

    1. Mengadakan Majlis Dialog Bersama Budayawan, Karyawan dan Seniman –  untuk mengupas isu dan masalah yang perlu diteliti bagi meningkatkan taraf kebudayaan di Negeri

     

    • Mengadakan klinik permainan gasing – kerjasama dengan Persatuan Gasing Negeri Selangor untuk berkongsi minat dan pembelajaran kepada masyarakat mengenai permainan seni

     

    1. Pementasan teater rakyat – bagi menarik minat dan pendedahan kepada masyarakat untuk tidak melupakan seni teater yang  berkonsepkan  “edutainment”. – “Menunggu Kata Dari Tuhan” dan “Menanti Perang Berakhir”

     

    1. Membuat program kerjasama dengan Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB) untuk melihat aktiviti seni budaya yang dipersembahkan. – Pesta Bon Odori dan Persembahan Karate Do

     

    1. Festival Jalanan – menggabungkan aktiviti kebudayaan, seni mempertahankan diri, kraf tangan dan pelbagai seni muzik dari pelbagai kaum sempena Program

     

     

     

    Musical Extravaganza di sekitar Shah Alam sebagai tarikan orang ramai untuk melihat keunikan kebudayaan di Selangor.

     

    • Sambutan Hari Budaya Kanak-Kanak Peringkat Negeri Selangor – yang mengetengahkan bakat dan kebolehan kanak-kanak dalam aktiviti kebudayaan dan dipersembahkan untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap seni kebudayaan.

     

    • Majlis Berbudaya Bersama Rakyat – program yang mengumpulkan aktiviti seni budaya sukan rakyat dengan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan dan  bukan kerajaan di Negeri Selangor bagi memperkenalkan dan mengekalkan warisan budaya sukan rakyat kepada generasi

Lampiran

Tiada Lampiran.