KEGIATAN MEREMPIT DIKALANGAN REMAJA

118) KEGIATAN MEREMPIT DIKALANGAN REMAJA

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Negeri Selangor dilihat sebagai salah sebuah negeri yang paling ramai remajanya terlibat dengan mat rempit. Berapakah statistik terkini serta perancangan Kerajaan Negeri untuk menanganinya?

    Statistik Polis Kontinjen Selangor telah mencatatkan sebanyak 115 kegiatan merempit di kalangan remaja Selangor dari Januari hingga Mei 2009. Petaling jaya merupakan jumlah kegiatan yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 45 kes (sila lihat LAMPIRAN untuk statistik keseluruhan). Sehubungan dengan itu, Kontinjen Polis Selangor telah menjalankan operasi sebanyak 278 kali pada 1 Januari hingga 21 Jun 2009. Daripada operasi ini sebanyak 6919 saman dikeluarkan atas kesalahan:

     

    • Tidak memakai topi keledar;
    • Tiada lesen memandu;
    • Tiada cukai jalan;
    • Tiada perlindungan insurans;
    • Tiada cermin sisi;
    • Nombor plat tidak mengikut peraturan;
    • Ubahsuai motosikal; dan melanggar lampu isyarat.

     

    Sebanyak 332 buah motosikal disita kerana kesalahan tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insurans. Purata penunggang motosikal yang terlibat ialah di antara 16 hingga 25 tahun. Jumlah tangkapan di bawah Seksyen 42(1) Memandu Secara Melulu dan Merbahaya, Akta Pengangkutan jalan 1987 ialah seramai 36 orang.

     

    Perancangan Kerajaan Negeri untuk membanteras gejala lumba haram ialah dengan memupuk kesedaran para remaja dari peringkat awal dengan mengadakan ceramah dan pameran di beberapa tempat seperti:

     

    • Pusat pengajian tinggi awam / swasta;
    • Sekolah-sekolah rendah dan menengah;
    • Semasa perasmian balai polis komuniti;
    • Pusat/kompleks membeli-belah yang menjadi tumpuan remaja;
    • Galeri awam yang menjadi tumpuan pengunjung.

     

    KESALAHAN JUMLAH KES 

    (JAN-MEI 2009)

    TANGKAPAN 

    (JAN-MEI 2009)

    PETALING JAYA 45 0
    SUBANG JAYA 21 0
    KLANG 13 0
    GOMBAK 8 0
    KAJANG 8 0
    AMPANG JAYA 16 0
    SHAH ALAM 3 0
    KUALA LANGAT 0 0
    KUALA SELANGOR 0 0
    HULU SELANGOR 0 0
    SABAK BERNAM 1 0
    SEPANG 0 0
    JUMLAH BESAR 115 0

    STATISTIK OPERASI LUMBA HARAM (SAMSENG JALANAN) KONTINJEN

    SELANGOR BAGI TAHUN 2009

     

    1.1 Jumlah operasi dijalankan mulai Bulan Januari hingga 21hb Jun 2009  sebanyak  278 kali

     

    1.2       Jumlah saman (POL.257) dikeluarkan kepada penunggang motosikal sebanyak  6919 saman di atas kesalahan:

     

    1.2.1                Tidak memakai topi keledar

     

    1.2.2                Tiada lesen memandu

     

    1.2.3                Tiada cukai jalan

     

    1.2.4                 Tiada perlindungan insurans

     

    1.2.5                Tiada cermin sisi

     

    1.2.6                No. plet tidak mengikut peraturan

     

    1.2.7                Ubahsuai motosikal

     

    1.2.8                Melanggar lampu isyarat

     

    1.3          Kenderaan (motosikal) disita kerana penunggang tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insurans ialah  sebanyak  332 buah.

     

     

    1.4           Purata penunggang motosikal yang terlibat berumur antara 16 hingga 25 tahun.

     

     

    1.5       Bangsa yang terlibat dalam gejala lumba haram :

     

    1.5.1                Melayu                       –           80 peratus

     

    1.5.2                India                            –           10 peratus

     

    1.5.3                Cina                             –            9 peratus

     

    1.5.4                 Lain-lain bangsa         –            1 peratus

     

     

    1.6       Kenderaan yang digunakan ialah:

     

    1.6.1                70 peratus motosikal 110 cc ke bawah ( jenis Cub)

     

    1.6.2                 15 peratus motosikal 125 cc ke atas (jenis RXZ dan setarafnya)

     

    1.6.3                15 peratus motokar

     

     

    1.7       Ciri-ciri kenderaan yang digunakan dalam aktiviti Lumba Haram  ialah:

     

    1.7.1                Nombor pendaftaran (plat)  dibengkokkan

     

    1.7.2                Nombor pendaftaran (plat)  diconteng

     

    1.7.3                Nombor pendaftaran (plat)  dimalapkan

    (tidak terang)

     

    1.7.4                Nombor pendaftaran (plat) tidak lengkap

    (angka atau huruf)

     

    1.7.5                 Nombor pendaftaran (plat)  tidak dipasang

     

    1.7.6                Menggunakan nombor pendaftaran (plat) palsu

     

    1.7.7                 Lampu belakang tidak dipasang atau ditanggalkan.

     

    1.8       Punca- punca Lumba Haram yang dikenal pasti ialah :

     

    1.8.1                Dipengaruhi oleh rakan sebaya

     

    1.8.2 Untuk mencari keseronokan dan memperkenalkan identiti kepada rakan-rakan lain

     

    1.8.3                 Rangsangan dari penonton dan rakan-rakan

     

    1.8.4                 Rangsangan pengubahsuaian kenderaan

     

    1.8.5                 Kelonggaran institusi keluarga

     

    1.8.6                 Kebebasan mutlak remaja yang bekerja berjauhan dari keluarga

     

    1.8.7                Kos aktiviti yang murah

     

    1.8.8                Pendidikan agama yang rendah

     

    1.8.9                Pendidikan moral yang rendah

     

     

    1.9       Pekerjaan mereka yang terlibat dalam aktiviti lumba haram :

     

    1.9.1                Kerja sendiri

     

    1.9.2                Pekerja kilang

     

    1.9.3                Despatch Rider

     

    1.9.4                Penganggur

     

    1.9.5                Buruh

     

    1.9.6                Pelajar

     

    1.9.7                Mekanik

     

    1.9.8                 Lain-lain pekerjaan ( Kerajaan/Swasta )

     

     

    1.10 Jumlah tangkapan di bawah Seksyen 42(1) Memandu Secara Melulu Dan Membahayakan, Akta Pengangkutan Jalan 1987 seramai 36  orang penunggang motosikal.

     

     

    1. PERANCANGAN UNTUK MEMBENTERAS GEJALA LUMBA HARAM (SAMSENG JALANAN).

     

                Pendidikan

     

    Mengadakan ceramah dan pameran di tempat;

     

    • Pusat Pengajian Tinggi Awam/ Swasta

     

    • Sekolah-sekolah rendah dan menengah

     

    • Semasa perasmian Balai Polis Komuniti

     

    • Pusat/kompleks membeli belah

     

    • Galeri awam yang menjadi tumpuan     pengunjung

     

                Penguatkuasaan

     

    Menjalankan operasi berpanjangan pada malam minggu, malam cuti am di tempat tumpuan kegiatan lumba haram yang dikenal pasti di antara jam 1200 malam hingga 0400 pagi.

     

     

    2.2.2 Menjalankan Operasi Khas Bersepadu dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi.

     

    2.2.3 Menjalankan pemeriksaan teliti ke atas kenderaan semasa operasi dijalankan dan mengambil tindakan undang-undang.

     

    Pendakwaan 

     

    Menjalankan pendakwaan di mahkamah ke atas penunggang/pemandu yang ditangkap dan didakwa  di bawah Sek. 42(1) Memandu Secara Melulu Dan  Membahayakan, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

     

    Kesalahan ini jika disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi  5 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit serta hilang kelayakan daripada memegang  atau mendapatkan sesuatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

     

    Dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian;

     

    Penjara selama tempoh tidak melebihi selama sepuluh tahun  dan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan sesuatu lesen memandu selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.