Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

19) KEGIATAN PENCURIAN PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap kegiatan pencurian pasir yang berleluasa demi meningkatkan pendapatan negeri?

    Tindakan kerajaan negeri terhadap kegiatan pencurian pasir yang berleluasa demi
    meningkatkan pendapatan negeri adalah seperti berikut:
    (i) Mengadakan operasi statik di lokasi yang disyaki berlakunya kecurian pasir;
    (ii) Mengadakan rondaan / pemantauan secara berkala di kawasan yang disyaki
    berlakunya aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah; dan
    (iii) Mengeluarkan satu notis atas Borang 7A (pelanggaran syarat tanah) ke atas
    mana-mana tanah yang didapati mengeluarkan pasir tanpa permit yang sah
    di mana notis ini memerlukan tuan tanah untuk meremedi tanah kepada
    keadaan asal. Sekiranya tuan tanah tidak mematuhi arahan meremedi tanah
    tersebut, Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan Borang 7B dan
    sekiranya aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah masih dijalankan setelah
    siasatan dilaksanakan, Pentadbir Tanah hendaklah menyiarkan di dalam
    Warta Notis mengenai penyitaan atas Borang 8A.

Lampiran

Tiada Lampiran.