Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

187) KEGIATAN PERMAINAN WANG (MONEY GAME)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan atau peranan yang boleh dimainkan oleh PBT terhadap kegiatan permainan wang (money game)?

    PBT hanya mengeluarkan Lesen Pejabat Urusan bagi pemohon yang ingin memulakan perniagaan seperti pejabat-pejabat syarikat persendirian, ejen insurans, bank, dan sebagainya. Sebarang penyalahgunaan terhadap lesen yang dikeluarkan oleh PBT, tindakan pembatalan lesen akan dilakukan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia atau agensi-agensi lain yang mempunyai kuasa mengesahkan aktiviti yang menyalahi dari sudut perundangan. Sekiranya didapati berlakunya aktiviti yang melibatkan perjudian dan aktiviti dapat dibuktikan berlaku semasa pemeriksaan dibuat, tindakan merampas peralatan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.