Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

338) KEGIATAN TEKSI HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan PBT terhadap kebanjiran teksi haram di bandar-bandar utama di Selangor?

    1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tindakan penguatkuasaan teksi haram adalah dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Walau bagaimanapun, PBT di Negeri Selangor turut terlibat dengan operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh SPAD dalam usaha menangani kebanjiran teksi haram.

Lampiran

Tiada Lampiran.