Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

211) KEHADIRAN ADUN DI MESYUARAT PENUH PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apabila seorang ADUN hadir pada mesyuarat penuh PBT, tempat duduknya di belakang sebaris dengan wartawan dan tidak boleh bersuara malah minit hanya dipinjamkan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji kedudukan ini

    Berdasarkan peruntukkan undang-undang mengenai kehadiran ADUN di dalam
    mesyuarat penuh PBT. Seperti yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 10 (1), Akta
    Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):
    Seksyen 10. Ahli Majlis
    (1) Pihak berkuasa tempatan hendaklah terdiri daripada—
    (a) Datuk Bandar atau Yang Dipertua; dan
    (b) tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada dua puluh empat orang
    Ahli Majlis lagi, yang akan dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.
    Memandangkan polisi Kerajaan Negeri untuk tidak melantik ADUN sebagai Ahli Majlis
    maka ADUN menghadiri mesyuarat penuh majlis sebagai pemerhati seperti
    diperuntukkan di bawah Seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) :
    Seksyen 23. Mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka
    kepada orang ramai
    Semua mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang
    ramai dan kepada wakil akhbar melainkan jika selainnya diputuskan oleh pihak
    berkuasa tempatan itu dengan ketetapan dalam mesyuarat itu:
    Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi mana-mana
    Jawatankuasa pihak berkuasa tempatan itu melainkan jika selainnya diputuskan
    oleh Jawatankuasa itu dengan ketetapan.

    Oleh yang demikian ADUN bukan merupakan Ahli Majlis dan tidak menjadi ahli kepada
    Mesyuarat Penuh Majlis. Maka ADUN akan dibenarkan duduk sebagai pemerhati
    bersama-sama orang awam dan juga para wartawan di kawasan yang telah ditetapkan
    oleh PBT. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah pun mengkaji keperluan dan
    keadaan semasa di mana maklum balas daripada ADUN dan juga pihak-pihak lain perlu
    diambil kira bagi memastikan penambahbaikan di peringkat PBT. Hasil daripada
    perbincangan tersebut Kerajaan Negeri telah bersetuju agar satu Lembaga Penasihat
    PBT di peringkat negeri ditubuhkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.