Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

147) KEJADIAN BANJIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Akhir tahun lalu(2008), banyak kawasan di Selangor dilanda banjir mengakibatkan kehilangan/kerosakan harta. Ekorannya beberapa langkah diambil, termasuk 'cuci-gali', mendalamkan sungai, dan menubuhkan suatu jentera khas (Semesta) untuk menyelaraskan kegiatan menangani masalah banjir. Bagaimana semua kegiatan tersebut? Apakah laporan kemajuan di kawasan pinggiran Sg Kayu Ara di Kg cempaka, Petaling Jaya?

    Sehingga kini, lawatan tapak dengan kontraktor-kontraktor yang berminat untuk menjalankan kerja-kerja cuci gali di Sungai Kayu Ara telah diadakan pada 26 Oktober 2009 dan dijangka kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan pada pertengahan bulan November 2009 oleh kontraktor yang layak. Pengurusan kerja-kerja cuci gali ini diurus oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Lampiran

Tiada Lampiran.