Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

171) KEJADIAN BANJIR BERULANG PEKAN DENGKIL

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri bercadang menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan yang sering terjejas selepas hujan lebat, khususnya di Pekan Dengkil?

    Untuk makluman, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor sedang menjalankan beberapa projek bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan Pekan Dengkil. Berikut adalah senarai projek yang terlibat :

    Selain itu, pihak jabatan juga telah mengemukakan permohonan bagi pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di Sg. Parit Tampoi, Mukim Dengkil di dalam RMK-12 kepada Kerajaan Negeri dengan kos sebanyak RM10 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.