Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

131) KEJADIAN BANJIR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kes kejadian banjir direkodkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor di Pekan Banting, Taman Beringin dan kawasan sekitarnya.

    Dalam rekod JPS Negeri Selangor hanya satu (1) kes kejadian banjir yang dicatat di Pekan Banting, Taman Beringin dan kawasan sekitarnya yang mana kejadian banjir tersebut melibatkan lembangan Sungai Langat.

    Kawasan                               :           Pekan Banting

    Tarikh                                     :           7 Disember 2013

    Bacaan Hujan                       :           86.5mm

    Kedalaman                            :           0.3m

    Luas Kawasan Banjir          :           20 hektar

Lampiran

Tiada Lampiran.