Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

168) KEJADIAN GEGARAN GEMPA BUMI DAN BENCANA ALAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu lagi versi gegaran gempa bumi yang telah melanda beberapa kawasan di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri di dalam membendung dan mengelakkan kejadian bencana alam di kawasan tertentu terus berlaku?

    Dari segi bencana alam, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Unit Cerun di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan akan dikuti oleh beberapa Majlis lain seperti Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Shah Alam. Tujuan Unit ini ditubuhkan adalah untuk memantau dan menilai cerun-cerun yang terdapat di PBT masing-masing dari semasa ke semasa. Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar untuk mempertimbangkan dan menilai cadangan pembangunan di kawasan bukit.

Lampiran

Tiada Lampiran.