Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

83) KEJADIAN TANAH RUNTUH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Wangsa Heights, Bukit Antarabangsa pada awal pagi, 23 April 2008 yang mengakibatkan batu - batu besar tergelincir dan menghempap kenderaan - kenderaan penghuni pangsapuri tersebut telah mendapat liputan meluas media -media tempatan. Apakah pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPA ) menyedari bahawa cerun batuan dan cerun tanah di Wangsa Heights diklasifikasikan sebagai cerun berisiko tinggi?

    Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Unit Kejuruteraan cerun sedang
    melaksanakan kajian kawasan berisiko bencana bagi keseluruhan Malaysia.
    Kawasan Hulu Kelang merupakan projek perintis yang mana kumpulan IKRAM Sdn. Bhd merupakan perunding pakar utama dan dalam kajian berkenaan. Kajian ini masih baru bermula sekitar Januari 2008 dan pihak MPAJ masih belum menerima sebarang laporan dari hasil kajian yang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.