Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

7) KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK DI SUNGAI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hasil siasatan kejadian tumpahan minyak yang mengakibatkan tiga loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa ditutup pada 12 Oktober 2014?

    3 Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Selangor yang terlibat iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang telah di henti tugas pada 11 Oktober 2014 disebabkan kehadiran unsur minyak di dalam air

     

    Siasatan bersepadu oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama agensi iaitu iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan SPLASH bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

     

    Hasil siasatan mendapati beberapa sampel air Sungai Selangor dan anak sungainya ditemui kesan bau unsur minyak. Namun, kesannya hilang apabila siasatan dijalankan di kawasan yang lebih hulu. Ini dipercayai pelepasan dilakukan dalam tempoh yang singkat serta kesannya telah hilang dan telah mengalir ke kawasan hilir.

     

    Sampel-sampel yang diambil telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar UPM dan makmal diakreditasi bagi mengenal pasti jenis minyak. Berdasarkan keputusan analisis yang diperoleh, terdapat jenis minyak diesel dan minyak enjin ditemui di dalam sampel yang diambil.

     

    Pemadanan jenis minyak dengan aktiviti yang signifikan dibuat melalui inventori secara bersepadu yang dijalankan antara LUAS bersama JAS.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN :

    Siasatan pasukan penyiasat mendapati kesan bau dan unsur minyak adalah tidak signifikan dengan aktiviti pengepaman air kolam alternatif. Kawalan pencemaran aktiviti pengepaman air kolam alternatif dilaksanakan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian pencemaran berlaku.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.