Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

120) KEKELIRUAN KUASA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat kekeliruan kuasa di antara Pejabat Daerah dengan PBT khususnya isu ÒBangunan Tanpa IzinÓ dan Penggunaan tanah-tanah Kerajaan: Siapakah yang bertanggung jawab sebenarnya, sehingga sesebuah premis atau bangunan berjalan terus (pembinaan) walaupun setelah notis berhenti dikeluarkan?

    1. Di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis  mengambil  tindakan ke atas semua binaan-binaan tanpa kebenaran yang dibina di atas tanah persendirian berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (Akta  133).  Kuasa yang diberi adalah untuk mengawal aktiviti pembinaan bangunan dalam kawasan PBT. Seksyen 70(1) Akta 133 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa kebenaran bertulis dahulu dari PBT. Manakala, bangunan-bangunan tanpa kelulusan yang dibina di atas tanah Kerajaan akan diambil tindakan oleh Pejabat Tanah Daerah di bawah Kanun Tanah

Lampiran

Tiada Lampiran.