Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

268) KEKERAPAN PEMBERSIHAN SUNGAI KG. KAYU ARA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banjir kini kerap berlaku di kawasan Kg. Chempaka dan lain-lain berkemungkinan akibat air yang melimpah keluar dari sungai. Apakah kekerapan jadual pembersihan sungai terutamanya di sungai Kg. Kayu Ara?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Kayu Ara secara berkala. Skop penyelenggaraan adalah memotong rumput dan membersihkan sampah sarap di tebing dan dalam Sungai Kayu Ara. Bagi tahun 2019, penyelenggaraan dijalankan dengan kekerapan dua bulan sekali.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Siasatan di tapak mendapati kejadian banjir adalah berpunca daripada dasar sungai yang cetek disebabkan oleh batu hampar. Bagi mengurangkan risiko banjir , JPS Petaling sedang melaksanakan kerja-kerja memecahkan batu hampar di dalam Sungai Kayu Ara di Kampung Cempaka secara “one-off”. Projek ini telah dimulakan pada 7 Oktober 2019 dan dijangka akan disiapkan pada 2 Disember 2019. Dengan siapnya projek ini, ianya dijangka dapat melancarkan aliran air sungai dan mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.

    Kawasan terlibat banjir adalah Kampung Cempaka dan Jalan SS4D. Rekod banjir adalah seperti jadual di bawah.

    Tahun Kejadian Banjir
    2017
    2018 1

    (29.11.2018)

    2019 1

    (09.10.2019)

Lampiran

Tiada Lampiran.