Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

54) KEKERAPAN PERSIDANGAN DEWAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Soalan ini saya ingin tujukan kepada Tuan Speaker tentang kekerapan mengadakan sidang dewan yang saya lihat amat penting untuk memberi laluan kepada semua Ahli Dewan untuk membahaskan perkara-perkara berbangkit setempat. Adakah Y.A.B. Dato' Menteri Besar akan melanjutkan tempoh perbahasan dan tempoh persidangan dewan seperti yang dijanjikan? Bolehkah saya mencadangkan bahawa mengadakan sidang Dewan bulanan?

    PersidanganDewan Undangan Negeri Selangor diadakan sebanyaktiga (3) kali
    dalam satu penggal (tahun) seperti berikut :

    i) Mesyuarat Pertama (Pembukaan)- bulan Mac/April
    ii) Mesyuarat Kedua (Rang Undang-Undang)- bulan Julai/Ogos
    iii) Mesyuarat Ketiga (Perbekalan)-bulan November/Disember

    Tempoh panjangnya setiap mesyuarat adalah bergantung pada bilangan urusan
    yang berkaitan dengannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.