Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

64) KEKOSONGAN JAWATAN AHLI MAJLIS DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kekosongan Ahli Majlis yang masih ada lagi setakat Januari 2017?

    Setakat 3 Januari 2017, terdapat hanya tiga (3) kekosongan Ahli Majlis di seluruh Negeri Selangor. Kuasa melantik Ahli Majlis di PBT adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sama ada lantikan baru atau mengisi kekosongan Ahli Majlis apabila mereka tamat tempoh atau tidak lagi berupaya untuk menjalankan tugas.

Lampiran

Tiada Lampiran.