Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

232) KEKOSONGAN PERJAWATANAN MAHKAMAH SYARIAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 menyatakan bahawa salah satu peningkatan bilangan kes yang belum selesai ialah kelewatan mengisi kekosongan jawatan hakim dan kakitangan sokongan di mahkamah Syariah di Selangor. Apakah prosedur pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan hakim dan kakitangan sokongan?

    1. Pelantikan semua jawatan hakim yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Hal ini kerana jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 hingga Gred Utama merupakan salah satu jawatan perkhidmatan Guna sama yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dan JKSM selaku Ketua

     

    Pihak pengurusan JAKESS bertanggungjawab mengemas kini perjawatan Hakim Syariah ini dari semasa ke semasa dan mengemukakan permohonan pengisian kepada JKSM melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekiranya terdapat kekosongan jawatan. Pengisian jawatan hakim ini terlebih dahulu memerlukan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebelum urusan penempatan dilaksanakan.

     

    Manakala bagi pelantikan anggota Kumpulan Pelaksana, urusan ini dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) (kecuali bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Akauntan dan Penolong Pegawai Tadbir yang dilantik oleh SPA).

     

    Pihak pengurusan JAKESS juga bertanggungjawab mengemas kini semua jawatan Kumpulan Pelaksana ini dari semasa ke semasa dan mengemukakan permohonan pengisian kepada SPANS melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekiranya terdapat kekosongan jawatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.