Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

78) KEKURANGAN BEKALAN PASIR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kekurangan bekalan pasir di Negeri Selangor telah menjadi masalah kepada projekprojek pembangunan. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ini?

    Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menggunapakai kaedah baru bagi
    mendapatkan pulangan hasil daripada pengurusan hasil Kerajaan Negeri selaras
    dengan dasar untuk merakyatkan ekonomi Negeri Selangor.
    Di bawah pendekatan ini, Kerajaan Negeri telah pun menubuhkan satu syarikat di
    bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. bagi
    menggerakkan industri pasir dan mengawal pemasaran pasir di Negeri Selangor.
    Kerajaan Negeri telah membekukan pengeluaran permit pasir dan meningkatkan jentera
    Penguatkuasaan melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah
    Daerah.
    Fasa 1 perlombongan pasir di atas tapak yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan
    oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. telah mula beroperasi akhir Ogos 2008.

     

    AWAPAN DARI PEJABAT TANAH DAERAH SEPANG
    a) Pihak Berkuasa Negeri telah menubuhkan Anak Syarikat Kerajaan Negeri iaitu
    Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. bagi tujuan pengurusan perlombongan pasir di Negeri
    Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.