Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

127) KEKURANGAN KERANG DI PASARAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penyebabnya berlaku kekurangan kerang di pasaran dan harga jualan yang tinggi semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015?

    Kemerosotan pengeluaran kerang di Selangor telah berlaku sejak dari tahun 2011 lagi. Ini adalah ekoran dari kematian kerang sama ada di peringkat benih mahupun pada peringkat dewasa. Pengeluaran sehingga Jun 2015 adalah sebanyak 2,191.75tm. Menurut penternak, kekurangan benih, keadaan dasar ternakan yang keras, kehadiran pemangsa dan siput lain di kawasan ternakan mempengaruhi penurunan ini. Harga jualan meningkat pada musim perayaan kerana permintaan tinggi namun bekalan kerang tidak mencukupi. Permintaan juga telah menyebabkan saiz kerang yang dijual adalah lebih kecil bagi tujuan memenuhi keperluan/permintaan.

     

     

    PENGELUARAN KERANG DEWASA TAHUN PENGELUARAN

     

    2010 41,410.00 MT
    2011 26,505.53 MT
    2012 11,842.99 MT
    2013 5,407.08 MT
    2014 10,035.15 MT

     

Lampiran

Tiada Lampiran.