Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

318) KEKURANGAN LAMPU JALAN DI LUAR KAWASAN PBT ATAU JKR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan negeri berhasrat mengkaji semula dasar penambahan lampu jalan-jalan di luar kawasan PBT atau JKR memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak lagi melaksanakan 10 tiang lampu baru setahun untuk setiap mukim sejak 2008. Jika tidak, nyatakan sebabnya

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk mengkaji semula dasar penambahan lampu jalan-jalan di luar kawasan PBT atau JKR. Ini kerana, Kerajaan Negeri lebih memfokuskan kepada kerja-kerja baik pulih jalan di kawasan kampung-kampung yang menjadi isu yang Bermula tahun 2015 juga, Kerajaan Negeri telah menaikkan peruntukan bagi penyelenggaraan jalan kampung kepada RM12 juta berbanding RM4 juta pada tahun lepas. Peningkatan peruntukan ini adalah untuk menaiktaraf jalan-jalan kampung atau dikenali sebagai jalan PLB supaya mencapai spesifikasi minimum dan dapat didaftarkan di dalam sistem MARRIS. Selepas baik pulih jalan selesai, Kerajaan Negeri akan memberikan penumpuan sepenuhnya kepada dasar penambahan lampu jalan di kawasan kampung.

Lampiran

Tiada Lampiran.