Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

161) KEKURANGAN TAPAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DALAM KAWASAN DUN KAJANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak rumah ibadat bukan Islam dalam kawasan Kajang adalah bertapak di atas tanah kediaman, perniagaan dan perindustrian. Sama ada Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan tapak-tapak yang khusus untuk menempatkan rumah ibadat bukan Islam dalam kawasan Kajang secara khususnya dan dalam Negeri Selangor secara amnya.

    Kerajaan negeri dari  masa  ke  semasa  meluluskan  pewartaan  tapak-tapak  khusus bagi menempatkan rumah ibadat selain Islam di kawasan DUN Kajang dan seluruh Negeri Selangor melalui permohonan yang dimajukan melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam. Perancangan yang teliti dari pelbagai aspek perlu diambil kira dalam meluluskan sesuatu tapak yang diwartakan sebagai tapak rumah ibadat selain Islam. Di dalam masa yang sama semua pemaju telah disyaratkan untuk menyediakan tapak rumah ibadat selain Islam yang mencukupi bagi menampung keperluan rumah ibadat pada masa akan datang di dalam rancangan pemajuan pembangunan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.