Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

76) KEKURANGAN TEMPAT-TEMPAT BERIBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai untuk pemberian atau kelulusan tanah tempat-tempat beribadat bukan Islam

    Syarat-syarat dan garis panduan yang diguna pakai untuk pemberian atau
    kelulusan tanah bangunankeagamaanbukan Islam adalah seperti berikut:

    i. Setiap permohonan tanah kerajaan, tukar syarat tanah untuk pembinaan
    bangunan keagamaan bukan Islam perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Bangunan Keagamaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan.Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Pejabat-Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi teknikal yang lain.

    ii. Kebenaran merancang, binaan semula bangunan keagamaan bukan
    Islam atau tambahan bangunan keagamaan bukan Islam di kawasan PBT juga perlu mendapat kelulusan jawatankuasa ini. Pemaju diminta menyediakan tapak bangunan keagamaan bukan Islam bagi pembangunan melebihi 100 ekar.

    iii. Keluasan tanah untuk bangunan keagamaan bukan Islam adalah tidak
    melebihi 10,000 kaki persegi (bagi kawasan pembangunan baru – pelan
    susun atur).

    iv. Bangunan keagamaan bukan Islam tidak dibenarkan dibina di kawasan
    lapang atau yang telah diperuntukkan sebagai kawasan lapang.

    v. Penentuan jenis bangunan keagamaan bukan Islam yang didirikan
    adalah berdasarkan kepada komposisi kaum yang terdapat di sesuatu
    kawasan tersebut.

    vi. Sangunan keagamaan bukan Islam yang didirikan tidak melebihi 2 tingkat atau ketinggian keseluruhan tidak melebihi 36 kaki. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada garis panduan yang diguna pakai oleh PST masing-masing.

    vii. Pembinaan bangunan keagamaan bukan Islam tersebut tidak akan
    menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam terutama kepada lalu
    lintas.

Lampiran

Tiada Lampiran.