Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

62) KELAB GEMS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Kelab Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) di setiap daerah Selangor. Setakat ini berapakah jumlah kelab GeMS yang ditubuhkan dan keahliannya?

    1. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa tetap Pendidikan, Pendidikan tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah merancang untuk menubuhkan Rakan Generasi Idaman Selangor atau singkatannya Rakan GeMS sebagai kesinambungan dan program pemantapan kepada para peserta yang telah terlibat di dalam Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang

     

    Matlamat penubuhan Rakan GeMS adalah untuk membimbing masyarakat khususnya golongan remaja dan belia mengenai hidup bersosial yang lebih sihat dan berfaedah. Keterlibatan mereka didalam Rakan GeMS akan memberi satu inpirasi kepada golongan remaja dan belia untuk memajukan diri mereka bukan sahaja dari segi akedemik malah dari segi pemantapan akhlak.

     

    Dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Rakan GeMS ini akan memberi peluang kepada generasi remaja dan belia untuk menunjukan bakat mereka dalam  pelbagai  bidang  sama ada fizikal ataupun mental. Melalui Rakan GeMS juga ia dapat menjalinkan satu penkongsian ilmu di antara satu sama lain dalam melahirkan Generasi Idaman Selangor yang seimbang dari segi ilmu dan akhlaknya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.