Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

247) KELAYAKAN PELAJAR CEMERLANG DARI SERAI JAIS KE ASRAMA PENUH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan dari YAB: i. Adakah pelajar-pelajar cemerlang UPSR dari sekolah SERAI JAIS masih lagi menghadapi kekangan untuk diterima masuk ke sekolah berasrama penuh milik federal? ii. Jika ya, apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan tiada lagi kekangan?

    Murid-murid cemerlang UPSR dari SRAI JAIS masih lagi menghadapi kekangan untuk diterima masuk ke sekolah berasrama penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana status sekolah SRAI JAIS dikategorikan sebagai sekolah swasta. KPM telah mengeluarkan surat pekeliling bahawa murid-murid sekolah swasta tidak boleh memohon masuk ke Sekolah menengah Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) di bawah KPM.* Surat Pekeliling di lampirkan *

    Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor telah memohon kepada KPM memohon kelonggaran syarat kemasukan. Namun setakat ini, pihak KPM masih mengguna pakai surat pekeliling sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.