Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

182) KELESTARIAN AIR SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah semua pam di Loji Rawatan Air berfungsi dengan baik? Jika tidak, nyatakan butir-butirnya.

    Untuk makluman semua pam-pam air terawat yang terdapat di Loji Rawatan Air di bawah kawalan Air Selangor berfungsi dan dapat beroperasi dengan baik. Semua pam-pam air mentah juga dapat membekalkan air mentah yang diperlukan untuk operasi loji dan dapat mengeluarkan air bersih seperti rekabentuk loji dan memenuhi permintaan pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.